22 Julai 1999: Khamis
Mahathir semasa menyampaikan amanat dan taklimat kepada pemimpin BN
dan UMNO Kelantan petang ini, sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menghina
dan mempersenda Hukum Allah. Mahathir secara jelas dan nyata ketika
mempersoalkan janji PAS yang ingin melaksanakan Hudud telah berkata bahawa
Hukum Hudud yang dibuat dan ingin dilaksanakan oleh Kerajaan PAS
Kelantan boleh menimbulkan huru-hara. Menurut beliau huru-hara adalah
dilarang oleh agama Islam. Tambahnya lagi " Kerajaan Kelantan sudah
tahu bahawa Kerajaan Pusat tidak membenarkan Kerajaan Kelantan melaksanakan
Hukum Hudud, tetapi mengapa kerajaan Kelantan masih ingin melaksanakan
Hudud di Kelantan.
( Buletin Utama 22 Julai 1999: ".....dah
tahu (Kerajaan Pusat) tak bagi (laksana Hudud), nak laksana buat apa.."
petikan ucapan Mahathir di Kelantan pada 22 Julai 1999 yang ditujukan
kepada PAS Kelantan)