PERUBAHAN-PERUBAHAN DI KELANTAN DI BAWAH
KEPIMPINAN ULAMA

PROGRAM PEMBAHARUAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN
YANG DITIRU OLEH KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI YANG LAIN
 
  Pajak Gadai Islam Ar-Rahn yang diterima pakai oleh YPEIM dan Bank Rakyat

  Cuti bersalin daripada 42 hari kepada 60 hari yang berkuat kuasa akhir tahun 1997
      (kerajaan pusat)

  Ekonomi yang berasaskan pertanian di mana negeri Kelantan adalah negeri 
      pertama menyiapkan Pelan Strategik Pertanian. Negeri-negeri lain kemudian 
      mengambil contoh dari pelan tersebut.

  Konsep Pejabat bercuti pada hari sabtu mula diguna pakai selepas Belanjawan 
     1999/Januari 1999.  Namun begitu Kerajaan Pusat hanya mengambil sekali sahaja 
     dalam sebulan cuti tersebut iaitu hari sabtu pertama setiap bulan.

  Pemberhentian perniagaan pasar malam untuk solat maghrib telah ditiru oleh 
      negeri Terengganu

   Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai hiasan di tepi jalan raya; 
      kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Ab. Hamid b. Othman, 
      ayat Al-Quran akan digunakan di tepi lebuh raya. (Berita Harian:8-10-1997)

   Papan tanda lokasi masjid ditiru oleh kebanyakan negeri di Malaysia

   Konsep Hotel Islam (Hotel Ansar) ditiru oleh negeri Pahang

   Pemotongan elaun tetap Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis 
      Mesyuarat Kerajaan ditiru mulai tahun 1997 iaitu selepas kegawatan ekonomi.

   Amalan tidak memberikan cenderamata/hadiah semasa lawatan rasmi Menteri 
      Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri: pihak 
      Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baru mengeluarkan arahan yang sama pada 
      bulan Ogos 1998.

  Tidak mengeluarkan lesen premis judi; cuba ditiru oleh Terengganu.  Itupun hanya
     di Besut sahaja mulai Julai 1998.

Terbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan