Make your own free website on Tripod.com
 
MAHATHIR MENGESAHKAN KENYATAAN DATO' FADZIL NOOR

22 Julai 1999:Khamis

Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini dengan sendirinya  telah mengesahkan kebenaran kenyataan Presiden PAS semasa berceramah di Tumpat, bahawa beliau (PM) mempunyai kepentingan atas tanah di seluruh negara termasuk di negeri Kelantan.  Pengesahan itu, dibuat semasa Mahathir berucap dalam amanatnya kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional Kelantan di Hotel Diamond Puteri, Kota Bharu hari ini.

Ucapan Mahathir disiarkan oleh TV3 malam ini, bila mana beliau menyebut bahawa "UMNO mempunyai kepentingan yang amat besar di Kelantan".  Dato' Fadzil Noor telah menyebut perkara tersebut semasa menyampaikan ceramah di Tanjung Kuala, Tumpat dua hari yang lalu. Menurut Dato' Fadzil,  Kelantan merupakan satu-satunya negeri  yang tidak dapat dimiliki kepentingannya oleh Mahathir dan anak-anaknya. Oleh yang demikian, Mahathir dengan bersungguh-sungguh  mahu merampas Kelantan, walaupun beliau mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk melakukannya.

Dua Kepentingan besar Kelantan kepada UMNO ialah:
1) Hasil Minyak dan Gas yang pada masa ini telah dilambatkan pendaratannya oleh pihak Kerajaan Pusat dengan harapan ia dapat membolot kekayaan hasil minyak dan gas tersebut setelah berjaya merampas Kelantan dalam pilihan raya akan datang.
2) Hasil Galian Emas yang banyak dan belum diterokai di dalam perut bumi Kelantan. (Gua Musang, Kuala Krai & Jeli)

Sekian.
TadahanWahyu