Make your own free website on Tripod.com
Maklumat Awal Kes Nik Adli.

Kota Bharu: 23 September 1999.
Pihak kami menerima maklumat awal mengenai kes pelajar Sek. Agama Darul Anuar Pulau Melaka yang dikatakan dipukul oleh Ustaz Nik Adli b. Hj. Nik Ab. Aziz. Menurut sumber itu, seorang pemimpin kanan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa terbabit dalam   mempengaruhi dan menyuruh pelajar  (mengupah pelajar itu) supaya cuba menimbulkan provokasi atau kemarahan ustaz terbabit.   Dikatakan juga bahawa, pemimpin tersebut memang mengetahui sikap  Nik Adli yang tegas dan garang terhadap pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Sumber sahih tersebut diperolehi daripada daripada Peguam PAS Kelantan, Sdr. Takiyuddin Hassan malam tadi.

Sehingga kini, pihak Ustaz Nik Adli sendiri masih belum membuat kenyataan bagi pihak dirinya.   Sewaktu dikunjungi oleh wartawan Harakah petang semalam (22/9/99), kenyataan daripada beliau masih belum diperolehi.

Pada pagi ini, YB Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Hj. Wan Ab. Rahim b. Abdullah bersama-sama dengan bapa pelajar tersebut dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ust. Zakaria Dagang, Sdr. Takiyuddin Hassan dan beberapa orang AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan serta pegawai Pejabat Perhubungan PAS Kelantan mengunjungi Ustaz Nik Adli di Pulau Melaka.

Maklumat terkini mengenai pertemuan tersebut belum diperolehi dan pihak kami, InsyaAllah akan melaporkan berita terkini mengenai kes tersebut dan juga kenyataan rasmi daripada pihak Nik Adli dan juga daripada bapa pelajar tersebut.

tadahanwahyu.