Make your own free website on Tripod.com
 
Asslamu'alaikum wr. wbkt.
Ibrahim Ali Doa supaya Tok Guru di panah petir

Beberapa hari yang lalu, saya bersama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Bachok, Sdr. Wan
Nik Yusoff Ngah ke Tanah Merah untuk menyampaikan kursus Jentera Pilihanraya muslimat
kawasan.  Dalam perjalanan, kami singgah di kedai kopi di Salor, berhampiran Jambatan Pasir Mas-Salor (kepala jambatan dari Kota Bharu) untuk minum. Kebetulan Wan Nik berjumpa dengan  seorang kenalan lama. Kami asyik berbincang dan berbual-bual mengenai pilihanraya yang akan tiba bila-bila masa.  Dalam asyik berbual-bual mengenai program cermah UMNO di Kelantan, seorang kawan mendedahkan bahawa dalam satu Ceramah UMNO/BN di Pasir Mas oleh Ibrahim Ali JE, beliau telah berkata dengan kata-kata berikut, " kalu (kalau)  Tok Guru boleh berdoa, saya pun boleh berdoa juga, dan saya doa biar Tok Guru kena panah ko litar(petir)". Maksudnya lebih kurang begitu walaupun perkataan  yang dicatat dan ditulis di sini tidaklah 100% tepat kerana ia dituturkan dalam dialek atau loghat Kelantan.  Kalau ini betul dan benar seperti yang diceritakan oleh rakan tersebut, maka kita berdoa semoga Ibrahim Ali segera insaf dan bertaubat kerana telah menghina dan mendoakan keburukan ke atas seorang ulama'.  Jangan nanti Allah turunkan bala dan orang yang kena dulu ialah si Ibrahim Ali sendiri.

Pemerhati Politik Kelantan
Pasir Mas.