Make your own free website on Tripod.com

 

YAYASAN ISLAM KELANTAN DAN TINJAU SEPANG ADAKAN USAHASAMA PROJEK LADANG KELAPA SAWIT

 

KOTA BHARU, 13 Mac: Yayasan Islam Kelantan (YIK) menandatangani perjanjian dengan Syarikat Tinjau Sepang Sdn. Bhd semalam bagi menjalankan projek usahasama dalam perladangan kelapa sawit di Kelantan.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Dato' Hj.Nik Abd. Aziz Mat.

 

Kerjasama tersebut membabitkan usaha membangunkan tanah seluas 2,023 hektar tanah di Kuala Stong dengan ladang kelapa sawit yang melibatkan kos sebanyak RM15 juta dalam tempoh empat tahun.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Tinjau Sepang, Datuk Thobrani Hanafi berkata syarikat itu akan menanggung keseluruhan kos memajukan ladang itu bagi tempoh empat tahun sehingga ladang mengeluarkan hasil manakala YIK menyediakan tapak. Syarikat Tinjau Sepang yang berpengkalan di Sungai Petani, Kedah sebelum ini terbabit dalam pelaburan hartanah serta perumahan dan hanya terlibat dalam sektor perladangan sejak dua tahun lepas sebagai usaha mempelbagaikan pelaburan.

Thobrani berkata kerjasama dengan YIK adalah yang ketiga dalam bidang perladangan. Sebelum ini Tinjau Sepang mempunyai ladang di Kulim seluas 400 hektar dan ladang di Selatan Thailand seluas 800 hektar.