KU LI - SUMPAH DAN JANJI:

ALLAH S.W.T. telah berfirman yang bermaksud :
"APABILA DATANG SESUATU PERKHABARAN DARIPADA ORANG MUNAFIK, HENDAKLAH TERLEBIH DAHULU KAMU SELIDIKI PERKHABARAN ITU "

Kesimpulan:
ALLAH telah memerintahkan kepada manusia yang beriman, supaya berhati-hati dengan berita atau sebarang perkhbaran yang di-bawa oleh munafik. Mereka akan sentiasa mencari helah untok menghancurkan orang Islam. Oleh itu di-ingatkan kita supaya
terlebih dulu meneliti perkhabaran yang mereka bawa.

Kalau berita yang di-bawakan oleh mereka, kita perlu memeriksa terlebih dahulu, maka  lebih-lebih lagi -lah kalau mereke manabur janji. Antara sifat orang munafik ia-lah suka bercakap bohong dan suka mencari alasan untuk menghalalkan pembohongan atau menghalal kan-cara tindakan mereka.

Semasa memimpin S46 dulu, KU LI pernah berkata dengan tegasnya " JIKA HANYA TINGGAL SAORANG SAHAJA DALAM PARTI S46, ORANG ITU IA-LAH TENGKU RAZALEIGH" Sekarang KU LI bukan sahaja meninggalkan S46, malah telah membakar sama-sama sekali rumah yang telah di-bina nya. Alasan beliau ialah kerana perpaduan Melayu. Kenapa dulu KU LI tidak fikirkan perkara ini ????? Bukan kah ini lambang KEMUNAFIKAN beliau?????.

SUMPAH:
Sa saorang yang tidak waras atau hilang akal terlepas daripada sebarang dosa. Maka sumpah daripada orang yang hilang akal atau tidak waras tidak boleh di beri perhatian atau di ambil kira.

Dalam ceramah perdana nya di- Balai Islam, Kota Bharu, semasa Menjadi Presiden S4 6 dulu, KU LI pernah bersumpah "SELAGI SAYA " INGAT KEPADA KAIN BAJU" SAYA TIDAK AKAN MENYERTAI UMNO.   ( nota : Ingat Kepada Kain baju adalah simpulan bahasa = waras, siuman, atau tidak gila ). Nah- sekarang KU LI telah menyertai UMNO. Ini bererti beliau telah lupa ( tak ingat) kepada kain baju. Mengikut teori di-atas- sahlah KU LI sudah tidak siuman, tak waras atau apa-apa lagi yang se erti dengan itu. Maka kenyataan KU LI hendak bersumpah pada 31 Ogos ini adalah satu perkara yang tidak perlu di beri perhatian.

Dan memang pun kalau kita ikuti kenyataan-kenyataan beliau mutakhir ini, jelas dapat kita simpulkan bahawa KU LI sudah tidak waras atau siuman lagi. Mungkin beliau telah di-makan sumpah beliau sendiri. Atau ALLAH telah memakbulkan
permintaan beliau untok menjadi gila. Ingat lah ALLAH maha Pemurah.

Antara Contoh Ketidak-warasan KU LI ialah:-
1. Berjanji untok mendirikan beberapa buah universiti di-Kelantan:
Sedarkah KU LI bahawa semua Universiti Awan sedang dan akan di Swastakan. Ini kan pula KU LI nak buat universiti di-Kelantan ??? Kalau setakat hendak mendirikan Universiti Swasta- siapa pun boleh cakap. Dan pula- SIAPA KU LI ???? Sedarkah beliau bahawa dia hanya saorang Ketua Bahagian UMNO Gua Musang sahaja. Tanya NAJIB berapa buah Universiti dia bina di-Pahang.?????

2. Akan Membawa Masuk Pelabur untuk membangun Kelantan:
Siapakah KU LI nak bawa masuk ke-Kelantan ????? Siapa kah pelabur-pelabur tersebut yang ada dalam benak KU LI ???
Anak-anak MAHATHIR ????? Yang selama ini- tidak berjaya mendapat sebarang Tanah di Kelantan- walau pun sekangkang kera. Tidak seperti Negeri lain. Atau Pelabur daripada Singapura ???? yang terdiri daripada suku sakat dan kerabat Che Puan, isteri beliau ???? Tak cukup kah dengan Negeri Johor sudah di- beli oleh Singapura??? Dengar khabar dah berjangkit ke-Pahang pula. Kini Kelantan pula, nak di jadikan Pusat Pelaburan Singapura. Anak angkat YAHUDI.???

3. Berjanji akan melantik Tok Guru Nik Ab.Aziz sebagai mufti Kelantan:
Pada satu ceramah- Di-Peringat pada 24/7/99, KU LI telah berkata orang-orang PAS bodoh. Ini termasuk jugalah Tok Guru Nik Aziz. Dan pada masa yang lain pula, beliau berkata nak lantik Tok Guru Nik Aziz sebagai mufti Kelantan. Tidak kah
tolol nama nya KU LI ni. Nak Lantik orang bodoh jadi mufti ??? atau KU LI sedang meracau. ( tidak ingat kain baju ).Sekali kata Tok Guru saorang Ulamak dan sekali kata Tok Guru bodoh.

Wahai orang-orang yang beriman: Mari lah kita sama-sama saling ingat mengingati antara satu sama lain. Orang-orang munafik sedang bercelaru sekarang. Mereka akan laku kan apa sahaja. Mari lah kita sama- sama mengingati cerita yang pernah di-riwayatkan oleh guru-guru kita dahulu, tentang tanda-tanda kiamat.

Di-zaman kiamat hampir sangat, kita di beritahu bahawa, dunia berada dalam kelaparan. Hasil pertanian tidak menjadi.Dan tentunya makanan tidak mencukupi. Di-saat itu, keluarlah DAJJAL dengan membawa roti dan makanan. Berkata DAJJAL " JIKA KAMU BERKEHENDAKKAN ROTI DAN MAKANAN, IKUT LAH AKU. TINGGALKAN AGAMA KAMU. AGAMA AKU LAH YANG BENAR DAN BOLIH MENJAMIN KESELAMATAN KAMU" Maka ramai juga orang
Islam terpedaya dengan DAJJAL tadi.

Kini- DAJJAL BATINIAH telah muncul dalam Negara kita dan di-seluroh dunia. UMNO sedang mengamalkan sifat-sifat DAJJAL sebagaimana di-atas. Dan KU LI yang sudah tidak waras turut bersekongkol dengan mereka. Malah di-lantik
sebagai orang utama untuk menyampaikan mesej KeDAJJALan ini.
" KALAU RAKYAT KELANTAN INGINKAN PEMBANGUNAN. NAK JALAN RAYA. NAK HOTEL 5 BINTANG, DAN BANYAK LAGI PEMBANGUNAN- UNDILAH  BN. TINGGALKAN PAS. ISLAM YANG DI BAWA OLEH UMNO YANG BENAR. ISLAM PAS ADALAH MENYESATKAN." Bukan kah ini nampak sama dengan kenyataan
DAJJAL sebagaimana di-atas.

"TOK IMAM AKAN DI-NAIK AN GAJI,GURU SEK.AGAM RAKYAT AKAN DI BERI GAJI YANG LEBIH TINGGI, GURU-GURU PONDOK AKAN DI BERI GAJI TETAP "  "TOK GURU NIK AZIZ AKAN DI-LANTIK MENJADI MUFTI KELANTAN, DENGAN SYARAT MENINGGALKAN PAS " ( ucapan KU LI )

Kenyataan tersebut di-atas, se akan-akan sama dengan tawaran Pemimpin Kafir Qurish kepada RASULULLAH, yang akan melantik BAGINDA menjadi Raja dengan syarat RASULULLAH berhenti daripada menyeru ke Jalan ALLAH.

WAHAI SAUDARA ISLAM KU- MARILAH KITA KUATKAN TEKAD DAN JIHAD KITA UNTUK  MEMASTIKAN SEGALA KEMUNAFIKAN,SEGALA KEKAFIRAN DAN SEGALA KEDAJJALAN  MEMUSNAHKAN ISLAM DI NEGARA KITA. SEBGAIMAN YANG TELAH DI LAKU KAN OLEH KAMAL ATTATURK DI-TURKEY. SEMOGA ALLAH MERESTUI PERJUANGAN KITA.

ALLAH-HU AKBAR.ALLAH-HU AKBAR, ALLAH-HU AKBAR.

kalijagat: