Make your own free website on Tripod.com
 
SMH

Terengganu jadi saudara kembar

KOTA BHARU: Kelantan dan Terengganu akan menjadi saudara kembar yang melaksanakan pentadbiran berasaskan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Hubungan Antara Kaum, Kesihatan dan Alam Sekitar, Haji Anwar Tan Abdullah.

Katanya, kemenangan kerajaan PAS di Terengganu di samping mengekalkan kerajaan di Kelantan diharapkan model untuk mempopularkan pentadbiran Islam di negara ini. Menurutnya, berasaskan kepada pentadbiran Islam sudah tentu penduduk golongan minoriti akan mendapat pembelaan sewajarnya.

"Terengganu di bawah Barisan Nasional dahulu lebih berimej negara jiran, di mana maksiat dan budaya negatif tidak dicegah dengan serius oleh kerajaan ketika itu," katanya ketika meraikan lawatan Exco kerajaan Terengganu, Haji Awang Dagang Jusoh ke Kota Darulnaim, baru-baru ini. 

Selain itu, kata Haji Anuar ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara dua buah negeri beridentitikan Islam.