Kelantan Tiada Baki Hutang Tertunggak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan telah membayar sejumlah RM126 juta dalam masa lapan tahun menjadikannya satu-satu kerajaan negeri yang tidak ada baki hutang tertunggak bermula sejak 1997 dan jumlah hutang kerajaan berkurangan kepada RM622 juta. 

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Husam Musa berkata, bayaran balik itu menunjukkan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan yang diterajui oleh PAS berbanding dengan negeri-negeri lain. 

Husam berkata demikian berikutan kenyataan Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno, 
Dato' Hishammuddin Hussein Selasa lepas bahawa kerajaan Kelantan tidak pandai mentadbir dan cadangan Husam agar hutang negeri dilupuskan sebagai memalukan.

Sebelum ini, Husam mencadangkan agar Pengerusi Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah diberikan tugas memujuk Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad melupuskan hutang kerajaan negeri termasuk Kelantan untuk membolehkan kerajaan negeri menggunakan sumber kewangan mereka untuk membangunkan negeri masing-masing.

Husam berkata, rekod pengurusan kewangan Barisan Nasional di Kelantan tidaklah cemerlang, lebih-lebih lagi apabila didapati sebahagian pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan negeri tidak mempunyai dokumen-dokumen lengkap. 

Husam juga mendedahkan Kelantan hanya mempunyai hutang sejumlah RM622 juta berbanding Selangor (RM1.1 bilion), Terengganu (RM645 juta), Kedah (RM1.2 bilion). 

Manakala bagi hutang tertunggak, Kedah mencatatkan jumlah tertinggi dengan RM81 juta, diikuti dengan Selangor (RM61 juta), Sarawak (RM 47.99 juta) dan Terengganu (RM35.73 juta).
 
BEBAN HUTANG NEGERI-NEGERI
 
TUNGGAKAN BAYARAN BALIK
SETAKAT 31 DIS. 1997
KERAJAAN NEGERI
BAKI BELUM SELESAI
PADA 31.12.1997 (RM)
Johor
Kedah
Kelantan

Melaka 
N.Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
P.Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu

966,497,261.75 
1,209,050,722.43 
622,000,000.00 
(Berakhir Dis. 1998) 
463,998,888.61 
703,904,224.87 
669,548,085.08 
169,189,597.98 
108,177,049.41 
231,782,348.80 
121,047,366.29 
813,417,206.85 
1,124,402,464.23 
645,028,166.51 
 
KERAJAAN NEGERI
1997
(RM Juta)
Kelantan
Kedah
Sarawak
Selangor
Pahang 
N.Sembilan
Terengganu
Johor
Perlis
Sabah
Perak
Melaka 
P.Pinang

81.56 
47.99 
61.08 
13.52 
5.56 
35.73 
16.98 
5.02 
11.90 
3.20 
9.60 
20.36 
JUMLAH
312.50 
Dua jadual yang menunjukkan kecekapan dan prestasi kerajaan PAS di Kelantan dalam menguruskan pembayaran balik hutang negeri.