Di Mana Hasil Balak Kerajaan Kelantan Zaman BN ?

Ku Li sudah kehabisan modal politik untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan.
Sehari dua ini, Ku Li dan Berahim Ali dengan sengaja menimbulkan isu yang tidak wujud.
Kelemahan dan kegagalan kerajaan BN selama 12 tahun memerintah Kelantan dengan menebang balak
sesuka hati sehingga melebihi kuota sengaja ditutup rapat.  BN yang telah mengamalkan sistem tender runding
dalam pengagihan kawasan balak ternyata telah merompak satu-satunya hasil khazanah negeri Kelantan...
Di mana perginya hasil yang sepatutnya berpuluh-puluh juta ringgit dari balak yang ditebang...
Sebelum ini kita telah mengeluarkan fakta yang sebenar dari Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan mengenai kawasan dan hasil pembalakan di Kelantan yang menunjukkan perbandingan antara Kerajaan BN dari tahun 1978-1990 dengan kerajaan PAS dari tahun 1990-1998.   Kerajaan PAS tidak pernah menebang melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh Majlis Perhutanan Negara..(sila rujuk artikel sebelum ini).  Hasil yang diperolehi lebih tinggi berbanding pada zaman kerajaan BN walaupun BN telah menebang melebihi kuota yang ditetapkan.

Isu kerajaan PAS menyeleweng tidak wujud sama sekali..Sejak mengambil alih kerajaan pada Oktober 1990, PAS telah menukar dasar dalam pemberian tender kawasan balak, dari tender secara runding yang diamalkan oleh BN selama 12 tahun kepada sistem tender TERBUKA.  Melalui tender runding di zaman BN,  wujud rasuah dan penyelewengan yang ketara dalam pemberian konsesi balak.......pemimpin UMNO yang mengaut untung dan secara tidak langsung telah merompak hasil yang sepatutnya diperolehi oleh kerajaan dan rakyat.   Runding-merunding wujud antara golongan tertentu yang berkepentingan dan wujud perjanjian dan pembahagian syer-syer, upah ataupun habuan yang telah ditetapkan dengan kadar tertentu.  Oleh yang demikian,  memndangkan hasil kerajaan yang tidak begitu banyak pada zaman BN,  maka mereka telah meminjam dengan Kerajaan Pusat lebih daripada RM 700 juta termasuk untuk membayar gaji kakitangan.  Menurut laporan, bahawa pada suatu ketika kerajaan BN semasa memerintah Kelantan selama 12 tahun gagal untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri dengan hasil yang diperolehi sehingga terpaksa meminjam dari Kerajaan Pusat..   Isu PAS memberi konsesi balak kepada dengan tidak secara tender kepada saudara-mara pemimpin PAS tidak wujud dan ia merupakan fitnah yang amat jahat oleh Tengku Razaleigh dan Iberahim Ali.   YAB Tok Guru dalam kenyataannnya di Sarawak sanggup mendedahkan senarai penerima konsesi balak dari Kerajaan negeri pimpinan PAS dan Hj. Husam Musa telah mencabar Ibrahim Ali untuk membuat aduan rasmi kepada BPR....  Jika BPR menyiasat dengan sepenuhnya, kita pasti bahawa bukan Kerajaan PAS yang menyeleweng, tetapi Kerajaan BN yang akan terdedah penyalahgunaan dan penyelewengan kuasa dalam pemberian konsesi balak di Kelantan.

tadahanwahyu.