Make your own free website on Tripod.com

 YAB TUAN GURU MB KELANTAN  DAN MB TERENGGANU BANTU KEMPEN PILIHAN RAYA KECIL DUN SANGGANG

KOTA BHARU, 8 Mac:Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Terengganu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan ke DUN Sanggang, Pahang untuk turun bagi membantu kempen PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri tersebut.

YAB Tuan Guru Hj. Nik Ab Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata penyertaan beliau dan Hj. Abdul Hadi itu nanti adalah untuk memastikan calon pembangkang boleh merampas kerusi DUN itu.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Abdullah Kia pada 26 Feb lalu. Pada pilihan raya umum November lepas Allahyarham mengalahkan calon PAS, Abdul Rahim Abdul Latiff dengan majoriti 1,038 undi berbanding tahun 1995 dengan majoriti 4449.

YAB Tuan Guru juga berkata bahawa beliau dan MB Terengganu akan turun berkempen sebaik saja mengetahui tarikh pilihan raya itu nanti.  Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di Bilik Gerakan di Wisma Darul Iman semalam semasa mengadakan lawatan rasmi selama sehari ke negeri Terengganu.  Lawatan rasmi tersebut adalah yang pertama sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri Terengganu daripada Barisan Nasional

YAB Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz yakin pembangkang akan memenangi kerusi DUN berkenaan jika mendapat tambahan undi daripada masyarakat bukan Melayu.