KELANTAN: KETIGA TEBAIK DALAM KEMEROSOTAN KDNK

    Negeri Kelantan mengekalkan kedudukan ketiga terendah dan terbaik dari segi penguncupan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sewaktu menjawab soalan tambahan daripada YB Hj. Zulkifli Mamat dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Isnin lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ust. Abdul Halim Ab. Rahman berkata, kedudukan Kelantan pada KDNK ialah -5.1%.  Negeri-negeri lain termasuk Johor, -7.9%, Selangor;-8.3%, Melaka; -7.7%, Negeri Sembilan;-7.7% dan Pulau Pinang;-7.9%.
Negeri-negeri yang memberi tumpuan dan pergantungan utama kepada sektor perkilangan dan perindustrian menunjukkan kemerosotan yang tinggi dalam KDNK.  Kata beliau lagi, kejayaan Kelantan mengekalkan kedudukan KDNK yang rendah ialah kerana pergantungan utama Kelantan kepada sektor pertanian.  Perangkaan tersebut dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).  Malah, katanya, MTEN memuji Kelantan kerana mengekalkan sektor pertanian sebagai bidang utama.

wassalam.
BPPNK