Make your own free website on Tripod.com
 
DEKLARASI RAKYAT KELANTAN 
Deklarasi Ini Dibaca semasa Perhimpunan Rakyat Kelantan 23 April 1995 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, Kota Bharu

Bahawasanya, kami rakyat Kelantan
Sedar
Televisyen  dan akhbar kamu, menipu kami.
Kamu siarkan berita berat sebelah.
Kamu menggelapkan berita benar.
Kami sedar, kamu mahu memancing dan membeli kami.
Tidak akan kami jual negeri ini.
Tidak akan kami gadai Islam kami.
Sedarlah kamu.
Kamu kelirukan agama.
Kamu peralatkan tokoh agama seperti terompah kayu.
Kamu tolak hudud.
Kamu perlekehkan agama.
Kamu persendakan ulama'.
Kamu paksa tokoh korporat tawan hati kami,
dengan gula-gula ekonomi.

Awas!
Kami tidak bodoh.
Kami tidak bodoh.
Kami tidak bodoh.
Kata apa yang kamu hendak kata.
Perkosa televisyen dan akhbar, sepuas nafsu kamu.
Kami akan tetap dengan pendirian kami.
Islam cara hidup kami.
Al-Quran panduan kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami.
Berikan kemenangan kepada orang Islam.
Binasakan musuh Islam, penentang agama-Mu.
Pecahbelahkan kesatuan mereka.
Belenggukan mereka.
Ya Allah, Ya Tuhan kami.
Tetapkan kami dengan Islam.
Matikan kami semua sebagai solihin.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.