Make your own free website on Tripod.com
 

DAP Bantu Kempen Pilihan Raya Kecil N.26 Sanggang

 

Kota Bharu, 13 Mac: DAP atas nama Barisan Alternatif (BA) akan turun membantu calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang yang akan diadakan pada 1 April ini.

 

Pengerusi Kebangsaan DAP, Encik Lim Kit Siang berkata, pihaknya tidak mengira siapa calon yang bakal diturunkan, namun atas nama BA, pihaknya akan turut membantu calon yang akan bertanding nanti.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Makan Malam Perpaduan DAP Kelantan, di Hotel Diamond Puteri, malam sabtu lalu.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Ab. Aziz Nik Mat, ahli exco, Hj. Anuar Tan Abdullah, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Encik Ahmad Nor, dan pimpinan DAP peringkat pusat dan negeri.

 

Lim Kit Siang juga melahirkan rasa gembira kerana  masyarakat Cina dan termasuk juga masyarakat Melayu Kelantan yang boleh menerima DAP.