MENCARUT DIBOLEHKAN ...BERDASARKAN KEADAAN
Mencarut
asal dari perkataan carut. Mengikut Kamus Dewan, carut bermaksud perkataan
yang keji dan kotor (cabul): berbagai-bagai perkataan yang keji-keji dan
kotor. Mencarut, mencarut-carut bermaksud mengeluarkan perkataan yang keji-keji
dan kotor, memaki-maki. Perkataan ini menjadi isu di media massa dan pentas-pentas
ceramah politik berikutan terbitnya buku SHIT, karya Dato' Shahnon Ahmad,
tokoh Saterawan Negara.
Cerita
buku SHIT, telah meletup sejak tiga bulan lalu. Pemimpin UMNO adalah pihak
yang paling tidak senang dengan cerita-cerita dalam buku itu. Sehinggakan
dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu, Presidennya sendiri membuat komentar
langsung terhadap buku dan penulis SHIT. Kenapakah sampai begitu sekali?
Sedangkan di dalam buku itu tidak sepatahpun menyebut nama yang sama atau
seakan sama ejaannya dengan Presiden UMNO, bapanya dan ibunya. Sebelum
itu, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan, semasa
berceramah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 1 Mei lalu berpandangan
"boleh mencarut", berdasarkan hujah-hujah (secara rasionalnya) teknik dan
penggunaan bahasa di dalam SHIT. Hal itu,membuatkan ramai pemimpin UMNO
semakin reaktif (mencemuh balik) terhadap pandangan Tuan Guru Menteri Besar
itu.
Selepas
tiga bulan, SHIT beredar di pasaran dan jualannya begitu laris, meskipun
ada cadangan supaya pihak kerajaan mengharamkan penjualannya. Namun pihak
KDN tidak mengharamkannya, mungkin kerana ada sebab tertentu. Di antara
sebab yang dapat dibaca adalah kerana Perdana Menteri mahu menjadikan SHIT
sebagai modal politiknya untuk menarik simpati rakyat. Hal ini terbukti
dengan kandungan ucapannya semasa perhimpunan agung UMNO, yang sengaja
meletakkan dirinya sebagai watak yang dimaksudkan oleh penulis SHIT.
Namun
yang agak mengejutkan lagi, tatkala beliau berucap di salah satu tempat
di Jitra pada 19 Julai lalu, semangat dari buku SHIT telah dijadikan hujah
beliau mencabar Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, katanya "Nik Aziz
sepatutnya berhenti menjadi Menteri Besar Kelantan jika gagal membuktikan
perkara itu" (ada dalam al-Quran bahawa Tuhan mencarut). Katanya lagi,
"Saya sanggup tidak bertanding kalau Nik Aziz boleh tunjukkan perkataan
itu dalam al-Quran".
Sebagaimana
dilaporkan Bernama (19 Julai); "Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menawar
untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika Menteri
Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dapat membuktikan bahawa dalam al-Quran
tuhan mencarut". Matangkah seorang Perdana Menteri yang membuat cabaran
begitu lantaran tidak bersetuju dengan buku SHIT dan hujah Tuan Guru Menteri
Besar yang mengiakan cara bahasa yang digunakan dalam buku itu? Persoalannya
pula, betulkah Dr Mahathir tak terjumpa dalam al-Quran, tuhan mencarut?
Mungkin kisah tak berjumpa ini sama dengan kenyataan seorang bekas Ketua
Polis Negara di mahkamah yang tak pernah berjumpa di dalam al-Quran adanya
larangan berniaga judi !!!
Sesungguhnya
bagi seluruh umat Islam, al-Quran adalah satu-satunya kitab suci yang menjadi
panduan dan perlembagaan hidup. Al-Quran tidak ada dua atau tiga melainkan
satu sahaja. Mana mungkin seorang mukmin yang baca al-Quran tidak nampak
firman-firman Tuhan yang menjelas setiap perkara atau kisah. Mungkin tidak
nampak jika perkataan yang dicari adalah perkataan Melayu atau Urdhu atau
Inggeris, kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.
Bagi
memperjelaskan hakikat ucapan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan mengenai
isu, MENCARUT DIBOLEHKAN berikut adalah dipaparkan beberapa hujah yang
relevan sebagai memenuhi kehendak masyarakat dan memperjelas kekeliruan
sesetengah pihak.
TRANSKRIP
CERAMAH YAB TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
DI
STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KOTA BHARU - 1 MEI 1999
Mengenai
isu mencarut ... kita ada hak mencarut...
cumanya
tengok tempat....
Dalam
sehari dua ini sibuk masalah mencarut. Hari Jumaat baru ini, wartawan
dok tanya, (dan) pagi tadi dok tanya lagi. Ambo kata malam nilah (akan
jawab). Masalah mencarut yang sibuk sangat dibesar-besarkan oleh
suratkhabar (adalah) hasil sebuah buku yang dikarang oleh Sasterawan Negara
Dato’ Shahnon Ahmad.
Sebenarnya,
belum pada ni takdakah (di) negeri kita (berlaku perbuatan) yang mencarut.
Tak adakah (di) negeri kita yang mencarut seperti mana yang dikatakan kepada
Shahnon. Pernah ko tidak kita dengar bahawa orang dok perli kita
dok sembahyang hajat buat (kata mereka, sembahyang hajat buat) menyusah
tuhan jah? Ni mencarut ke tidak? (Kata-kata) buat menyusah tuhan
sembahyang hajat ni (adalah) perkataan mencarut, kenapa tidak dibesar-besarkan.
Pernahkah
(atau) tidak (kita dengar) sebelum daripada ini, orang kata kalau nak makan
sup tangan pergi ke Kelantan. Ni mencarutkah (atau) tidak?
Pernah orang kata Islam tidak layak (memerintah) di Malaysia. Ni mencarutkah
(atau) tidak? Mengapa tidak diperbesar-besarkan?
Boleh
jadi mereka tidak rasa benda ini mencarut. Tak terasa kerana kemanusiaan/
keIslaman mereka tidak ada, tak terasa benda (perkataan) itu mencarut.
Adakah layak bagi seorang manusia muslim mengata ugama dia sendiri
tidak layak memerintah di Malaysia.Erti Malaysia ni sendiri ‘black area’
(kawasan hitam) nak memerintah Malaysia tak sah (tak mampu), kerana kawasan
hitam/black area. Tapi orang (mereka) ini tak terasa perkataan begitu,
(adalah) perkataan berdosa - perkataan mencarut.
(Bagi)
seorang manusia akan merasa malu nak berak di (atas) jalan. Tapi
lembu malukah (atau) dok? Manusia malu nak kencing (di) tepi jalan,
manusia malu nak berak tengah jalan, kerana (dia tu) manusia. Tapi
lembu nak berak, nak kencing, tak apa (di tempat terbuka) kerana dia (tu)
lembu.
Kalau
seorang rakyat Malaysia bercakap di mana-mana kedai kopi, (atau) di mana-mana,
dia sebut; “undang-undang Malaysia tidak bagus, lebih baik undang-undang
Singapura, lebih baik undang-undang Thailand, lebih baik undang-undang
Amerika. (Maka) dia seorang rakyat Malaysia kata hodoh (mencaci - mencarut)
kepada undang-undang Malaysia, apakah tindakan yang akan dibuat oleh
polis? Tak sampai dua minit, dua jam orang itu mesti dibawa
ke balai polis.
Inikan
manusia Muslim, sanggup (mengata – mencarut) bahawa Islam tidak layak memerintah
Malaysia. Alasannya pula, alasan yang betul-betul jahil. Alasan
masyarakat majmuk. Sedangkan (realitinya) mana ada di dunia ini masyarakat
yang tidak majmuk. Di Mekah (Saudi Arabia), masyarakat majmuk,di
Madinah masyarakat majmuk, di negeri kita (Malaysia) pun masyarakat majmuk.
Maka kenapa (sifat) masyarakat majmuk di Mekah dan Madinah, Islam boleh
dilaksanakan? Sedangkan masyarakat Islam yang sama di Malaysia tidak
boleh nak buat (memerintah secara Islam).
Kalau
orang MCA (parti bukan Islam mewakili orang Cina), cakap bahawa Islam
tidak layak (memerintah) di Malaysia, (adalah) munasabah kerana mereka
tak tahu (tentang Islam). Kalau MIC (parti bukan Islam mewakili orang
India) bercakap seperti itu, munasabah kerana mereka tak tahu.
Ini
manusia Muslim yang setiap hari menyebut Allahu Akhbar (Allah Yang
Maha Besar – di dalam sembahyang atau luar sembahyang). Tiba-tiba kata
begitu (Islam tak layak memerintah di Malaysia). Tidakkah itu (kata-kata)
mencarut? Tetapi kerana apa ia tidak dibesar-besarkan? (dan) tak
ada sapa kata apa.
Hok
yang kata berzina, liwat (dan kelaur dalam surat khabar), tidakkah itu
(perkataan) mencarut? (Begitu pula) Kalau babi itu (asalnya dipanggil
babi, kemudian) kita panggil khinzir (kerana) bimbang takut (dianggap)
mencarut. Kononnnya nak ajar rakyat Malaysia bercakap moleklah, tak
usah sebut-sebut babi, (lebih baik) sebut khinzir. Tapi ketika nak
sebut orang buat maksiat, kita sebut terang-terang(an), liwat dan berzina.
Dan (sampai) ada (satu) surat khabar menyatakan erti liwat begini, “masuk
benda ini dalam lubang ini”, (secara) terang-terang(an). Tetapi (mengapa)
tak ada siapa kata apa.
(Tetapi)
jatuh ke Dato’ Shahnon Ahamad buat buku (novel SHIT). Sibuk macam nak kiamat
esok (dah). Itupun (mungkin kerana) Shahnon Ahmad tulis ‘Shit’ (di)tuju
(ke)pada orang tidak PAS. Kalau dia tulis buku ‘Shit’ (itu) (di)tuju
pada orang PAS, (rasanya) orang tak (akan) kata apa-apa. Kalau
Shahnon Ahmad tulis satu buku yang mencarut mengenai Parti PAS, orang tak
(akan) kata apa-apa. Tetapi kerana buku ini ditujukan kepada orang-orang
(terasa oleh pihak) tertentu, maka jadilah keadaan sibuk.
Nampak
sangat para hadirin semua, (ia adalah) berat sebelah. Nampak sangat
kita menengok dengan sebelah mata. Kalau orang melihat dengan
mata sebelah ini, kita panggil apa dalam agama kita ini? Bila kita
sembahyang, dekat nak beri salam, kita diajar baca doa banyak jenis.
Diantaranya (maksudnya) “Wahai Tuhanku, aku meminta kepadamu berlindung
dari azab kubur, dan cabaran masa hidup dan mati, dan juga cabaran dari
Dajal”.
Kita
baca dalam hadith, Dajal ini, yang bermata sebelah ni, akan timbul akhir
zaman. Semua orang tahu, Dajal ini disebut oleh Nabi sendiri bahawa
ia akan timbul akhir zaman. Kita pun tak faham, dah tentu Dajal akan
timbul akhir zaman. Kenapa Nabi kita (meng)ajar dan dia sendiri
membaca doa ini ketika dia ada lagi. (Sejarah berlaku) 1400 tahun
dulu, Nabi kita dah (meng)ajar supaya semua orang baca doa tadi.
Minta Tuhan pelindung kita dari itu, dari ini dan (berlindung dari) Dajal.
Maka kita (mungkin) jadi tak faham. (Maknanya) doa ini perlu dibaca (sekarang)
jangan tunggu akhir zaman.
Sebenarnya
begini, (perkataan) mencarut(kah atau) tak mencarut ni, kita (kena)
ingat (kata-kata) orang tua-tua kita dulu, (da)tuk kita, emak kita
(masa) dukung budak (anak) kecil, dan bila budak (anak) kecil ini menangis,
bila dia pujuk tak dengar (terus menangis), (maka perbuatan mereka adalah
dengan menunjuk-nunjuk) Nu! Nu! Nu! kereta tu, Nu! Nu! Nu! burung! burung!
tu. Orang politik bila dia tengok Parti dia (sedang nak) runtuh (begitu)
sekali sekarang, huru-hara terlalu banyak masalah politik sekarang.
Hilang duit tak tahu ke mana. Duit Perwaja hilang beratus juta,
beribu juta. BBMB nak kata hilang berapa ribu juta. BMF hilang
duit orang tak tahu ke mana. Mari pula penyakit orang itu keluar
parti, orang ini keluar parti. Maka dia pun mula (menunjuk-nunjuk)
nu! nu! nu! Shahnon! Shahnon!, Nik Aziz! Nik Aziz!. Itu saja bendanya.
Semata-mata nak alih pandangan. (Cara begitu) dipanggil (cara) ‘psikologi
tabir’. Seperti kita nak panggil orang-orang besar, maka (di sepanjang
laluan orang besar itu) pegawai-pegawai (akan memasang) tabir di tepi tembok
(jalan laluan itu) supaya tak nampak benda-benda yang hodoh. Tetapi
kalau jengok di sebalik tabir itu, nampaklah bendanya (yang hodoh).
Begitu
juga yang ini (mengenai perkataan mencarut), kerana amat teruk masalah
dalam UMNO sekarang ni, dengan pelbagai perkara maka disebut sebentar tadi.
Nu! nu! Shahnon mencarut. Nik Aziz sokong!. Bendanya (adalah psikologi
tabir - sebenarnya) untuk (peringkat) budak-budak. Tuan-tuan semua
budak-budak (lagi) kah? Boleh dipermain-mainkan oleh UMNO? Kalau
tidak (peringkat budak-)budak (maka kita) kena reti. Tak ada apa
melainkan mainan orang politik saja.
Para
hadirin semua, yang itu kita jawab secara logikal untuk (me)mudah(kan)
kita faham. Baik (sekarang) ambo nak sebut (dalil-dalil) dalam (al-)Quran
sendiri. Adakah perkataan menyumpah (di dalam al-Quran)? Ada
perkataan yang (boleh) kita panggil mencarut?
Bila
ditanya masalah mencarut ini (oleh wartawan), ambo jawab pada dia; (pertamanya)
“Islam ini – (sufat) Allah Taala ni bila Dia buat manusia, Dia buat sama
naluri-naluri tertentu. (ini bermakna) tidaklah Allah ini bila Dia
buat manusia, Dia buat kaki, tangan, kepala, beri lidah saja. Ada
lagi benda lain (di)dalam yang kita panggil ‘Gharizah’. Naluri bermakna
sifat-sifat tertentu. Sifat kedekut, sifat baik, sifat pongah, sifat
berjurus, sifat suka mencari harta, sifat suka seks, naluri seks, naluri
membunuh, naluri mengumpat, naluri apa apa saja. Macam-macam sifat
dan perangai (yang) Allah beri kepada kita.
Dan
yang keduanya, tidak ada sifat yang Allah beri pada manusia bila
mari (didatangkan) Islam (kepada manusia), Dia sekat, Dia musnah, tak ada!
Allah Taala beri kepada kita sifat suka mencari wang/duit, Allah Taala
tidak sekat kita. Cari duit, cuma dia buat peraturan, dia buat kaedah.
Nak cari duit boleh, kerana apa? Sifat cari duit ada padamu tapi
jangan mencuri, jangan rasuah, jangan menyamun, jangan menipu. Sifat
nak pada seks, orang lelaki nak pada perempuan, orang perempuan nak pada
lelaki. Adakah Dia sekat? Tidak, cuma Dia kata nak ko orang
perempuan, (mesti) menikah-kahwin, jangan berzina, jangan rogol, jangan
bawa lari anak muda orang, jangan itu dan ini. Itu sajalah bendanya.
Sifat membunuh, manusia suka membunuh. Tak apa boleh membunuh, ketika
mana ? Ketika musuh mari (datang) serang rumahmu.... Maksudnya, “Mana-mana
orang yang dibunuh kerana jaga hartanya sendiri maka dia mati syahid, mana-mana
orang yang dibunuh kerana jaga anak bininya maka dia mati syahid.”
Ertinya
naluri nak membunuh tidak disekat. Cumanya jaga dengan baik (biar kena
pada tempatnya), ketika mana perlu kamu membunuh. Jika orang bunuh
kamu boleh lawan balik. Orang yang buat khianat, kamu boleh khianat
sama. Begitu juga sifat mencarut, (sudah menjadi) perangai manusia,
(akan) nak menyumpah pada orang yang buat tak tentu kepada dia.
Ketika mana(kah) nak menyumpah? Cari(lah) tempat, tempat molek (sesuai)
menyumpahlah. Ambo pilih dua, tiga, empat ayat dan hadis (sebagai
dalil dibolehkan mencarut, menyumpah).
(Ketiga)
adik-kakak, buka sehelai saja dalam Surah Al Baqarah (ayat 18), bermaksud,
“Mereka tuli, bisu dan buta (kerana tidak dapat menerima kebenaran, meskipun
pancaindera mereka sihat), maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan
yang benar)”.
(Hakikatnya)
Allah Taala (kata ke)pada orang munafiq, orang yang muka-muka-orang yang
kita panggil orang sekular. Tuhan kata apa, pekak, bisu, buta, orang
ni tak ada otak. Kalau mengikut orang Kelantan (kita kata), “baso
tak dok otak, baso tuli”. Itu tidak(kah) mencarut? Allah sendiri
sebut begitu dalam Al Quran.
(Keempat)
dan Nabi (SAW) sebut (Maksudnya) “Hendaklah kamu berakhlaq dengan Allah
akhlaq Tuhan”.
(Hakikatnya)
Allah SWT mencarut (di dalam al-Quran), kita ada hak (diboehkan) mencarut.
Cumanya tengok tempat. Orang kafir Dia sumpah, orang munafiq Dia
sumpah, orang fasiq Dia sumpah. Biar tentu (sasaran mencarut biar)
kena (pada) tempatnya.
(Kelima),
ayat Al Quran Surah Al Baqarah juga (ayat 65), bila Tuhan marah pada Yahudi
(maksudnya), “Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar
di antaramu pada hari Sabtu (hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang
Yahudi), lalu Kami berfirman kepada mereka, Jadilah kamu kera yang hina”,
Allah
Taala marah pada orang Yahudi, kamu semua kena jadi kera. Tidakkah itu
(Tuhan berfirman dengan perkataan) mencarut? (Sebelum ni, Tuhan menyebut)
pekak lagi, bisu lagi, tak ada otak lagi, kera lagi ? Apakah itu tak mencarut?
(Keenam),
Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud), “dan sesungguhnya Kami
jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka
yang mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat
Allah, yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan)
untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga
(tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah, peringatan
yang benar). Mereka itu semua seperti binatang ternakan, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”
(Allah
mengibaratkan orang serupa itu) serupa binatang, takkah mencarut
lagi? Itu ayatnya (dalam al-Quran).
(Ketujuh),
dalam surah Al Munafiqun (ayat 4 maksudnya), “Dan apabila kamu melihat
mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum . Dan jika mereka berkata
kamu mendengar perkataan mereka. Mereka adalah seumpama kayu-kayu yang
tersandar (meskipun tubuh mereka nampaknya baik dan pandai pula berkata-kata,
hakikatnya mereka pandai berbicara akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah
kosong tidak dapat memahami kebenaran – diumpamakan juga serupa orang mati
dibunuh)”.
Tuhan
sebut orang munafiq ini kalau bercakap sedap dengar, kalau tengok tubuh
hebat, tetapi Allah kata “baso mati dibunuh” – terjemah(an) bahasa
Kelantannya, “Baso mati bbunuh”. Terjemah secara jawi, secara tradisional,
“membunuh akanlah mereka itu oleh Allah”. Tak tahu satu perkara pun,
akhir orang mendengar mengantuk belaka. Cuba kata “Baso mati bbunuh”.
Tok-tok guru, ustaz-ustaz yang menterjemahkan ayat ini, kena menterjemahkan
maknanya dan misinya. Barulah sampai mesej Quran kepada kita.
(Kelapan)
Dalam Surah Muqaddam pula, (Allah berfirman bermaksud), “Mati dibunuhlah
semua manusia, pelik sungguh, mengapalah manusia menjadi kafir”.
Terlalu
banyak ayat-ayat mencarut, ayat-ayat menyumpah seranah dalam (al-)Quran.
Ertinya bila Allah buat sesuatu dalam (al-)Quran dan Nabi Besar (SAW) berkata
“Hendaklah kamu berperangai (akhlaq) sebagaimana perangai (akhlaq) Allah”.
(Di sini bermakna) Allah memuji (maka) kita memuji, Allah marah (maka)
kita berhak (boleh) marah. (Dalam hal mencarut, mengata keji) Allah menyumpah
(maka) kita berhak menyumpah, maka tak ada sebab (untuk) ianya dibesar-besarkan.
Boleh
jadi orang ini (pihak yang menidakkan dalil-dalil bahawa dalam al-Quran
tak ada perkataan berunsur mencarut, kata-kata keji mereka) tak pernah
dengar (kandungan al-Quran). Sebab dia awal-awal lagi pandang serong
pada (al-)Quran. Awal-awal lagi dia pandang lekeh pada Islam.
Islam ini layak (di) padang pasir, (sesuai pada) zaman ‘camel’-zaman unta,
maka baca buat apa (al-)Quran?
Oleh
yang demikian bila timbul masalah begini, mu (pihak yang tak mahu menerima
hakikat kandungan al-Quran, mulalah) kata Nik Aziz. Surat khabar (pun)
kata (itu) ‘fatwa Nik Aziz’. Padahal dia tahu, fatwa-fatwa ni hanya
(layak dikeluarkan oleh) mufti sahaja. Tapi dia nak ‘provoke’ orang,
nak suruh orang marah pada ambo. Dia sebut ambo buat keluar fatwa.
Itu tak apalah. Dia punya salahkah?, dia punya tersalahkah? Itu dia
punya fasal!
(Kesembilan)
itu cerita al-Quran. Dalam sejarah pula, tuan-tuan kena ingat satu ketika
berlaku perselisihan faham di antara Rasulullah SAW yang keluar daripada
Madinah pada tahun ke-5 (selepas hijrah), (bertujuan) pergi buat umrah
ke Mekah. Sampai di tengah jalan, kena sekat di suatu tempat, dan
tempat ini terkenal dengan nama ‘Hudaibiyyah’ ataupun sekarang ini disebut
Sumaisi. Rasulullah SAW telah diberi mimpi oleh Allah Taala sewaktu
beliau berada di Madinah. “Hai Muhammad, satu masa kelak mu Muhammad boleh
masuk semula ke Masjidil Haram dalam keadaan aman damai, boleh buat tawaf
dan apa sahaja sehingga ke peringkat akhir sehingga boleh cukur kepala,
dan boleh gunting rambut.” Nabi kita beritahu kepada orang ramai,
semua seronok, orang Madinah pun nak pergi ke Mekah nak buat haji nak buat
umrah, Muhajirin daripada Mekah pun seronok sebab boleh balik semula ke
Mekah, berjumpa anak isteri dan sebagainya. Nabi kita iklan tahun
yang ke-5, bahawa aku sedang bersiap sedia pergi ke Mekah, untuk buat umrah.
Nabi kita tak bawa sebarang senjata selain daripada senjata yang kalau
orang dahulu panggil ‘pisau raut’, seperti mana orang Melayu dahulu berjalan
ada parang, pisau raut di pinggang. Nabi kita bawa pedang dan bersama
dengan itu kambing-biri yang telah diletak tanda untuk disembelih di Mekah.
Orang Arab Jahiliyyah walau bagaimana jahat sekalipun, bila dia tengok
kambing-biri ada tanda di tengkuk, dia gantung bermacam perkara sebagai
tanda kambing ini hak Tuhan, bukan kambing orang dah. Maka dia tidak ganggu.
Sampai di Hudaibiyyah, kena sekat. Kerajaan Mekah kirim wakil-wakil
dia mari sekat nabi Muhammad di Hudaibiyyah bahawa “kamu tidak boleh masuk
ke Mekah”. Nabi kata “pasal apa kamu tidak beri, aku bukan mari nak
berperang, tengoklah senjata apa aku bawa, tengok kambing-biri berderu,
ada bermacam-macam tanda menunjukkan kambing biri ini telah dinazarkan
untuk disembelih di Mekah. Tak dengar jugak. Lepas berunding, berunding.
(Di
antara deligasi Mekah yang datang berunding ialah) seorang bernama Hudair
bin Warqa’, tuan-tuan boleh baca sejarah bab Hudaibiyyah. Hudair
bin Warqa’ mari bercakap perkara yang benar-benar (paling) tidak menyenangkan
hati Rasulullah SAW dan tidak menyenangkan menteri-menteri Nabi termasuk
Saidina Abu Bakar dan sebagainya. Bila Saidina Abu Bakar (men)dengar
perkataan-perkataan yang pelik (mencarut) keluar daripada Hudair, memperlekeh-lekehkan
Islam, ajaran Islam. Mula-mula dia pegang janggut Nabi, lepas itu
dia tolak dengan hulu pedang. Lepas itu dia kata lagi perkataan-perkataan
yang tidak menyenangkan (mengeji).
Lalu
Saidina Abu Bakar bangun (berkata) unsus-bunzur-latt” (di)depan-depan Nabi.
‘Unsus’ maknanya jilat, hisap olehmu. ‘Buzur’ maknanya kemaluan. ‘Lat’
nama bagi tuhan (orang Quraisy musyrik). Maknanya pergi balik
jilat punggung tuhan mu dulu. Ini perkataan menyumpah (mencaurt)
yang keluar dari mulut Saidina Abu Bakar (di)depan-depan Nabi, dan Nabi
tak kata apa-apa. Nabi bagi peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut
depan-depan dia sendiri. Nabi tak kata apa walaupun perkataan yang
begitu sekali hina. “Balik jilat punggung tuhanmu dulu, baru mari
bercakap di sini”. Habis menyumpah, nabi tak kata apa. Tuan-tuan
boleh baca benda ini ada dalam sejarah. Yang ambo dok baca malam
Jumaat “Sirah Nabawiyyah” karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti, di situ
ada (kisah ini).
(Kesepuluh,
sirah) yang kedua (ialah) Nabi sendiri pernah satu hari orang beri salam
di tangga. Apabila Nabi dengar suara itu, dia cam suara itu.
Maka kata (Nabi di)depan Sayidatina ‘Aisyah, maksudnya “hak paling jahat
dalam kampung ni, dia ni lah”. Dia kata pada Siti Aisyah dan kemudian
dia keluar dengan senyum manis, sambut dan terima molek.
Boleh
jadi kita tanya diri sendiri, macamana Rasulullah SAW sumpah pada orang
lepas itu buka pintu dan sambut. Ini para hadirin semua, kalau orang
belajar psikologi, ini adalah satu cara untuk ‘tanfizzul-ukhdah’ iaitu
untuk meredakan kemarahan hati. Kadangkala kita sumpah. Lepas
itu dari sumpah itu reda. Kalau tak sumpah ia akan naik ke kepala
nanti jadi selsema, beringus hidung. Nabi sendiri menyumpah, Saidina
Abu Bakar juga menyumpah di depan Nabi dan Nabi tak kata apa-apa.
Para
hadirin semua naluri-naluri yang Allah Taala buat dalam tubuh manusia ini
(tak ada) satu habuk yang Islam mari sekat (buat sekatan). (Cuma)
nak ke orang perempuan boleh. Tidak sebagaimana setengah-setengah
pemimpin agama sampai ke tahap tertentu tak berbini beranak (tak boleh
berumah tangga), tak (tak boleh) cari harta. Islam tidak, tok guru
setinggi mana pun, Nabi setara mana sekalipun boleh berkahwin. Cumanya
peraturan, kaedahnya nak ke orang perempuan, berkahwin. Nak harta boleh.
Nak bunuh pun boleh. Bila bunyi khabar musuh nak serang negeri kita,
kalau tak cukup dengan askar dan polis, kewajipan fadhu ain atas tiap-tiap
seorang pergi berperang. Peluang kamu untuk bunuh orang boleh ketika
itu. Sifat orang mukmin tidak membunuh kecuali dengan sebenar.
Kalau ada kebenaran bunuh daripada Islam boleh bunuh.
Apa
benda lagi? Masalah mencarut yang dibesar-besarkan sekarang ini berpunca
daripada (ada) benda lain, ‘something behind’, (Seperti) yang ambo kata
(awal-awal tadi), kalau Dato’ Shahnon buat buku ‘Shit’ dia ni untuk
maki PAS tak apa, tak ada siapa kata apa (orang tak komen apa)....
Itu
(kita) kena faham, kita hidup atas muka bumi ini kena reti (seni) lakon
orang, lakon malaikat dan lakon syaitan atas dunia.
CATITAN:
Demikianlah
sedutan daripada hujah-hujah YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan berhubungan dengan isu mencarut yang dihebohkan
oleh media massa dan tokoh politik tertentu.
Bagi
pihak Unit Penerbitan Lujnah Penerangan, membuat beberapa editing terhadap
sedutan tersebut, khususnya perkataan yang dalam kurungan (
) adalah tambahan bagi memudahkan kefahaman pembaca sekalian.
Harap
maklum.
Rujukan
Tambahan, maksud ayat al-Quran;
(1)
as-Shaaffaat ayat 63 – 65, “Sesungguhnya Kami menjadi pohon zaqqun itu
sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim. Sesungguhnya, dia adalah sebatang
pohon yang keluar dari dasar neraka Jahim. mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan”
(2)
al-Jumu’ah ayat 5, “Perumpamaan orang-orang yang dipikul kepadanya
Taurat, kemudian dia tidak memikulnya (tidak mengamalkan, tidak mengakui
kebenarannya, termasuk mengenai kerasulan Muhammad SAW), adalah seperti
keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal.”
Diterbitkan
oleh Lujnah Penerangan dan Dakwah Perhubungan PAS Negeri Kelantan,
25
Julai 1999, sempena Solat hajat dan Amanat Pilihan Raya
di
Stadium Sultan Muhammad iv Kota Bharu.