BELANJAWAN TAHUN 2000
KERAJAAN NEGERI KELANTAN:
ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2000

YB Tuan Yang Di Pertua, 

17. Anggaran Perbelanjaan Mengurus tahun 2000 adalah berjumlah RM 191.37 juta iaitu bertambah sebanyak 2.61 peratus sahaja berbanding peruntukan pada tahun 1999. Daripada jumlah tersebut RM 35.54 juta adalah merupakan Perbelanjaan Tanggungan manakala RM 155.83 juta adalah Perbelanjaan Bekalan. 

18. Pecahan Anggaran Perbelanjaan Mengurus bagi tahun 2000 adalah sebagaimana berikut: 

  • 1. Emolumen - RM 70.79 juta. 
  • 2. Perkhidmatan & Bekalan - RM 28.00 juta. 
  • 3. Aset - RM 8.47 juta. 
  • 4. Pemberian Dan Kenaan Bayaran Tetap - RM 81.55 juta. 
  • 5. Lain-lain Perbelanjaan - RM 2.56 juta. 
19. Anggaran Perbelanjaan Mengurus mengikut sektor adalah sebagaimana berikut: 
  • 1.Pentadbiran - RM 83.56 juta 
  • 2.Pendidikan dan Kerohanian - RM 38.32 juta 
  • 3.Pertanian - RM 30.55 juta 
  • 4.Sosial - RM 24.95 juta 
  • 5.Infrastruktur - RM 13.99 juta 

  •  
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAHUN 2000 

YB Tuan Yang Di Pertua, 

20. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan pada tahun 2000 adalah sebanyak RM 65.02 juta iaitu peningkatan sebanyak 25.43 peratus berbanding dengan peruntukan tahun 1999 berjumlah RM 51.84 juta. Peningkatan ini adalah selaras dengan pertambahan projek-projek yang perlu dilaksanakan pada tahun 2000. 

21. Program-program yang dapat meningkatkan taraf kemudahan infrastruktur dan pembangunan sektor pertanian tetap merupakan agenda utama dalam belanjawan tahun 2000 bagi menjanakan hasil pendapatan kepada rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang. Di samping itu, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan agenda pembangunan sosial dan keagamaan. 

22. Perbelanjaan Pembangunan mengikut sektor pula adalah sebagaimana berikut: 

  • 1. Pentadbiran - RM 6.26 juta 
  • 2. Pendidikan dan Kerohanian - RM 5.47 juta 
  • 3. Pertanian - RM 12.08 juta 
  • 4. Sosial - RM 16.26 juta 

  • 5. Infrastruktur - RM 24.95 juta