Make your own free website on Tripod.com

BERITA MALAYSIA


Febuary 05 , 2000 16:59PM

 

JANGAN NAIKKAN HARGA BAGI MENGGALAKKAN PELANCONGAN DALAM NEGARA

 

KOTA BAHARU, 5 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan peniaga di negeri ini supaya menjual barangan dengan harga yang berpatutan kepada pelancong.

Beliau berkata jika peniaga dapat mengekang kenaikan harga terutama ketika musim perayaan, pelancong bukan sahaja membawa pulang barangan yang dibeli, tetapi juga membawa pulang imej Kelantan yang tinggi ke negeri masing-masing.

"Bila imej bertambah baik, peniaga akan untung di masa depan kerana lebih ramai pelancong akan datang... jadi untung kita dapat, kawan pun kita dapat," katanya selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh anggota Exco kerajaan Negeri Anuar Tan Abdullah di sini, hari ini.

Katanya ada peniaga yang menaikkan harga barangan setiap kali musim perayaan bagi mengaut keuntungan berlebihan tanpa menyedari perbuatan itu menyebabkan pelancong tidak berminat untuk berkunjung.

Menurut Nik Aziz, selain daripada itu keupayaan peniaga mengekang kenaikan harga juga boleh membantu menjayakan usaha kerajaan menggalakkan pelancongan dalam negara.

-- BERNAMA

 


Copyright ©2000 BERNAMA. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA.