Make your own free website on Tripod.com
 
BANK MUAMALAT DI KOTA DARUL NAIM

KOTA BHARU:
Kerajaan Negeri Kelantan  merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Mualamat yang mengekalkan operasi di Kota Darulnaim bagi menggantikan kaunter Islam, Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB).
Menteri Besar, YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pengekalan BBMB di Kota Darulnaim sebagai Bank Muamalat adalah hasil perjuangan kerajaan negeri untuk menonjolkan muamalat cara Islam.
"Kita ucap syukur kepada Allah Taala dan berterima kasih di atas usaha yang dilakukan itu," katanya di Kota Darulnaim, petang Rabu lalu.

Bank Muamalat wujud hasil penggabungan operasi perbankan Islam, BBMB dan Bank of Commerce Malaysia Bhd.
Bank Muamalat merupakan bank Islam kedua di negara ini selepas Bank Islam Malaysia Bhd.  Bank Muamalat beroperasi di 40 cawangan di seluruh negara yang diambil alih daripada anak syarikat kewangan BBMB iaitu BBMB Kewangan.
Operasi BBMB Kewangan akan diserapkan ke dalam Bumiputra Commerce Bank yang mulai beroperasi 1 Oktober 1999.

Menteri Besar berkata, BBMB di Kota Darulnaim kini menjadi Bank Muamalat Islam seratus peratus.
"Sedangkan di tempat-tempat lain di negeri ini Bumiputra Commerce Bank Bhd masih membuka satu kaunter sahaja iaitu konvensional," katanya.  Menurutnya, beliau difahamkan orang yang membuka akaun sebelum Bank Muamalat dikekalkan sistem konvensional.  Katanya, orang ramai yang berminat membuka akaun baru di Bank Muamalat perlu datang ke Kota Darulnaim yang menjadi pusat perbankan Islam di sini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan BBMB yang pernah mencatat sejarah bagi meningkatkan martabat ekonomi bumputera kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah.  Kini Bumiputera Commerce Bank Sdn Bhd mengetuai penggabungan dengan bank berkenaan.  Papan tanda BBMB di Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu Khamis lalu sudah diturunkan dengan ditukarkan dengan Bumputra Commerce Bank Bhd.

MJ.
Harakah