Kejayaan Mengurus Kawasan Balak Terbaik

PAS Buktikan Kemampuan


KOTA BHARU: Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Ibrahim Ali diminta melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika benar mereka mempunyai bukti terdapatnya penyelewengan dalam pengurusan balak di negeri Kelantan.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Haji Husam Musa berkata, dakwaan wujudnya penyelewengan di Kelantan adalah isu lama dan hasil dari ketandusan modal pihak musuh PAS.

Ia juga berupa percubaan untuk menyerang peribadi pemimpin kerajaan negeri bagi kepentingan politik.

Yang menghairankan, menurut Husam, ketika Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa beliau mempunyai senarai penerima balak, Dato' Ibrahim Ali pula mencabar kerajaan negeri mendedahkan senarai itu.

"Kalau dia sudah ada senarai, buat apa hendak cabar kerajaan negeri dedahkan lagi," kata Husam.

Menurut Husam, kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS telah berjaya membuktikan kemampuannya untuk menguruskan balak di negeri ini jauh lebih baik dari negeri-negeri lain di negara ini bahkan dari kerajaan negeri di bawah BN sebelum ini.

Antaranya, Kelantan membuktikan bahawa negeri itu adalah antara negeri yang paling stabil dalam catatan nisbah keluasan balak yang diluluskan berbanding dengan hasil balaknya. (Sila lihat jadual 1)

Kelantan juga mencatatkan rekod negeri yang mempunyai kawasan tanah berhutan yang paling tinggi berbanding dengan keluasan tanah di negeri itu ketika Kelantan dituduh mengeluarkan kayu balak secara berleluasa. (Sila lihat jadual 2)

Di samping itu, kerajaan negeri di bawah PAS berjaya mematuhi Had Dibenarkan Tebang oleh Majlis Perhutanan Negara (6890 hektar setahun bagi hutan simpan) berbanding dengan kerajaan negeri di bawah BN sebelum tahun 1990.

Bahkan, jumlah kawasan balak yang lebih banyak diteroka (berbanding dengan kawasan yang diluluskan di bawah PAS), tetapi hasilnya jauh lebih rendah. (Sila lihat jadual 3)

Husam juga mempertikaikan, kenapa bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah bersuara sekarang bukannya semasa pemimpinnya berada dalam kerajaan negeri dahulu.
 
 
 
 

Nisbah Kawasan yang diluluskan untuk pembalakan dan bilangan ton kayu balak yang diperolehi dari kawasan 
yang diluluskan
NEGERI
1995
1997
Kelantan
1:58.4
1:58.2
Pahang
1:53.8
1:84.1
Perak
1:37.8
1:69
Terengganu
1:60.4
1:36.5
Johor
1:15.6
1:12.1
Jadual 1

 
 
Nisbah kawasan tanah berhutan berbanding dengan keluasan tanah di setiap negeri untuk tahun 1997
                  NEGERI                                       KELUASAN
Kelantan
59.89 peratus
Pahang
54.45 peratus
Terengganu
51.57 peratus
Perak
51.31 peratus
Johor
23.69 peratus
Jadual 2

 

PERBANDINGAN KELUASAN KAWASAN HUTAN YANG DITEBANG DAN
HASIL YANG DIPUNGUT OLEH KERAJAAN KELANTAN
KETIKA PEMERINTAHAN BN DAN KETIKA APU/PAS


Had dibenarkan tebang oleh Majlis Perhutanan Negara:
6890 Hektar setahun
Tahun
Keluasan Kawasan ditebang (hektar)
Hasil (RM juta)
Dalam Pemerintahan Barisan Nasional
1985
13,503
23.87
1986
43,496
30.13
1987
33,870
33.13
1988
27,180
37.60
1989
40,151
42.87
Dalam Pemerintahan Angkatan (PAS)
1994
6807
93.67
1995
6731
99.52
1996
5126
69.17
1997
5679
56.45
1998
6108
42.96
Jadual 3

 
 

Sumber: Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan