KU LI GUNA TAKTIK 1978

Kota Bharu:

    Sejak minggu lalu, Ku Li masih lagi membangkitkan isu konsesi balak yang kononnya berlaku penyelewengan dalam pemberian konsesi tersebut oleh kerajaan PAS Kelantan.  Artikel beberapa minggu lalu yang dikeluarkan oleh Laman tadahan wahyu, (Kerajaan BN Merompak Hasil Balak Kelantan) telah menjelskan keadaan yang sebenarnya yang cuba disorok oleh Ku Li.  Ku Li cuba mengalih perhatian rakyat Kelantan dari sebenar iaitu kegagalan Kerajaan BN selama 12 tahun semasa memerintah Kelantan.  Taktik Ku Li sentiasa sahaja bertindak secara ofensif untuk menyerang kerajaan PAS Kelantan.
Sehari dua ini, Ku Li mengeluarkan kenyataan di mana beliau menimbang untuk membawa kerajaan PAS ke mahkamah.   Taktik dan cara yang sama telah digunaka oleh Ku Li pada tahun 1978 untuk meruntuhkan kerajaan PAS melalui Mageran pada ketika itu.  Pada tahun 1978, Ku Li telah menuduh kerajaan PAS ketika itu,  telah menggadaikan kawasan balak kepada Syarikat Cina Singapura, Timbers Mine.  Kerajaan PAS telah dibawa ke mahkamah semasa Ku Li giat berkempen untuk menggulingkan kerajaan PAS.  Malangnya, kerajaan PAS ketika itu tidak bernasib baik kerana keputusan mahkamah yang memihak dan memberi kemenangan kepada PAS datang selepas kerajaan PAS jatuh pada tahun 1978.  Mahkamah telah memutuskan bahawa, kerajaan PAS pada masa itu tidak menggadaikan kawasan balak kepada syarikat Cina.  Keputusan mahkamah tersebut datang selepas berlakunya pilihan raya 1978.   Isu balak tersebut merupakan salah satu faktor utama yang telah menyumbang kepada kekalahan PAS pada masa itu.   Pada hari ini, tahun 1999, orang yang sama datang kembali menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, dan cuba menggunakan taktik dan cara politik yang sama untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.  Pada fikiran dan pertimbangan  Ku Li,  taktik ini mungkin berkesan untuk menggulingkan kerajaan PAS sekarang.  Namun, Ku Li lupa, bahawa sepanjang 12 tahun memerintah Kelantan sejak dari tahun 1978, banyak penyelewengan telah dilakukan dalam hal pemberian konsesi balak dan juga penebangan hutan yang melebihi kuota.

Kita mempunyai fakta yang cukup dan kuat untuk membuktikan kepada rakyat bahawa, BN telah berdusta dalam isu balak ini. Fakta permulaaan telah dikeluarkan oleh pihak PAS dari segi kejayaan kerajaan mengurus hutan Kelantan dengan cermat dan tersusun.  Mungkin, jika keadaan terdesak,  fakta-fakta lain yang membuktikan kepada rakyat bahawa BN telah menyeleweng dalam isu konsesi balak selama 12 tahun akan didedahkan oleh PAS.  Rakyat pula diminta jangan terkejut, jika  Ku Li membawa isu ini ke mahkamah.. Sejarah 1978, menjadi panduan dan pedoman kepada kita dalam menilai yang mana intan dan yang mana permata..

Tadahan Wahyu