SMH

Rakyat jahil bila akhbar alternatif disekat

PENGKALAN CHEPA: Kerajaan Pusat digesa membenarkan penjualan akhbar Harakah, Suara Rakyat, majalah Detik dan Reformasi Keadilan secara terbuka, sekiranya kerajaan benar-benar telus serta bersikap terbuka.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) Pusat, Roslan Kassim berkata, kerajaan juga hendaklah memberi kelonggaran rakyat di negara ini boleh memiliki akhbar-akhbar dan majalah tersebut tanpa sebarang sekatan. Katanya, rakyat akan bertambah jahil sekiranya kebebasan mendapat maklumat dari saluran kedua cuba disekat seperti yang berlaku sekarang. 

"Rakyat seharusnya tidak disekat untuk mencari ilmu dan mereka bebas memilih kehendak masing-masing," katanya pada satu majlis di sini, baru-baru ini. 

Beliau juga menjangkakan jumlah pengundi baru Barisan Alternatif (BA) akan bertambah pada tahun 2004 dan 2005 kepada 1.5 juta orang.
Menurutnya, pertambahan itu sudah jelas membayangkan kemenangan BA akan tercapai pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya dinilai peratus undi Barisan Nasional tanpa tidak diambil kira di Sabah dan Sarawak hanya 52 peratus dan BA (48 peratus).