DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN LULUS PERBEKALAN TAMBAHAN RM 96 JUTA UNTUK BEKALAN AIR KELANTAN




19 Julai 1999: Isnin.
    Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 1999 sejumlah RM 96 juta.  Perbekalan Tambahan yang diluluskan di bawah Perbadanan Menteri Besar tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi kemudahan bekalan air negeri Kelantan, setelah Kerajaan negeri mengambil alih Projek Bekalan Air Kelantan daripada KWSB pada 29 April 1999 yang lalu.  Peruntukan Perbekalan Tambahan yang diluluskan itu dijangka dapat membantu Kerajaan Kelantan dalam meningkatkan perkhidmatan pembekalan air bersih kepada rakyat negeri Kelantan.  Fasa I Rancangan Jangka Pendek bekalan air Kelantan dijangka selesai pada pertengahan Januari tahun 2000.  Ini akan dilakukan melalui sistem pengagihan air melalui 2 tangki besar di Merbau yang akan dipulihkan oleh pihak Air Kelantan Sdn. Bhd.  Melaluinya, ia dijangka dapat mengatasi masalah perbekalan air di sekitar PCB, Api dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Di samping itu juga, pihak kerajaan Negeri akan membina 2 tiub besar di Kg. Puteh yang dijangka dapat mengeluarkan 7000 liter air sehari. Melalui rancangan Jangka Panjang, dua (2) buah telaga besar akan dibina di Chicha, Kubang Kerian dan juga di Pulai Chondong, Machang.

    Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Kemudahan Awam, YB Hj. Hassan Abdullah, kerajaan negeri telah berjaya mengutip tunggakan hasil air sejumlah RM 12, 570,000 juta selepas pihak Perbadanan Menteri Besar mengambil alih Perbekalan Air daripada pihak KWSB/Thames Water.  Dalam masa dua bula sahaja, pihak Air Kelantan telah berjaya mengutip hasil tunggakan sebanyak RM 402,000.

sekian
Wassalam.