Make your own free website on Tripod.com
HANYA 200 ORANG SAMBUT PM

22 Julai 1999: Khamis; Kota Bharu

Saluran berita UMNO iaitu Radio 3 Kelantan sebelum ini melaporkan bahawa beribu-ribu rakyat Kelantan dijangka akan menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa.  Namun demikian, laporan yang diterima menyatakan bahawa tidak sampai 200 orang yang hadir ke Airport untuk menyambut PM setibanya beliau ke Kelantan dalam rangka kempen pilihan raya jam 11.00 pagi tadi.  Sebahagian mereka yang menyambut Mahathir ialah para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional Kelantan di peringkat bahagian dan cawangan.  Nampaknya rakyat Kelantan tidak berminat untuk menyambut ketibaan Mahathir yang dianggap pemimpin agung oleh kuncu-kuncunya. Rakyat Kelantan sebenarnya sudah lama menolak kepimpinan Mahathir iaitu sejak tahun 1990 lagi.

Sekian.